Pengenalan

96:5 0 Taught man what he knew not.


Quran.


Masa aku kecil dahulu, iaitu masa aku sekolah rendah ke sekolah menengah, aku hanya di galakkan untuk membaca dan menghafal quran. Seingat aku, tak pernah mana-mana guru yang menyuruh aku untuk memahami maksud apa yang kita baca. Yang aku tahu, pergi sekolah baca quran. Belajar tajweed dan cuba khatam baca quran sebanyak mungkin.


Selalu aku di ingatkan untuk membaca quran dengan betul iaitu dengan tajweed dan sebutan yang betul. Kerana jika bacaan dan tajweed yang tak betul akan menyebabkan kita akan tersalah maksud sebenar di dalam quran. Sedangkan masa kita baca pun, kita memang tidak tahu maksud sebenar ini kan bila kita baca dengan tajweed dan sebutan yang betul.


Selalu kita dengar dan di beritahu juga, kita akan di beri pahala dengan banyak apabila kita baca quran walaupun kita tidak memahami satu pun apa yang di baca. Hanya allah yang layak memberikan ganjaran.


QURAN itu petunjuk dan juga memberi berita gembira dan juga memberi amaran kepada seluruh umat manusia. 


Sekiranya kita tidak memahami, bagaimana kita nak dapat dan tahu petunjuk dan juga bagaimana bentuk amaran dari tuhan sekalian alam. Dan apakah berita gembira tersebut.


Jadi realitinya kita kena memahami isi kandungan yang sebenar-benarnya supaya kita sentiasa berada di jalan yang lurus. Memahami quran adalah proses berulang-ulang dan process yang makan masa. Jadi berdoalah kepada ALLAH agar allah membimbing kita dan menolong kita memahami suruhan dan larangannya.


Ameen.

Comments

Popular Posts