Pentingnya ada duit simpanan bila sangat memerlukan.

Salam damai,





Semua orang tahu menyimpan duit adalah sangat-sangat penting. Tetapi tak semua orang boleh menyimpan duit. Kenapa ? Sebab komitment pada kehidupan harian dan bulanan. Pasti sentiasa tidak cukup atau ngam-ngam cukup.



Ramai akan bagi banyak alasan kenapa tidak boleh simpan duit. 1001 alasan akan kita dengar dan jika di beri panduan atau nasihat pasti mengeluh lah jawapannya.



Di sini aku just nak story kenapa pentingnya simpan duit jika berlaku bencana pada diri seperti kemalangan yang menyebabkan kau tidak ada kemampuan untuk bangun. Pentingnya duit simpanan yang ada untuk rawatan.



Ini kisah dan ini tauladan yang aku perhati kepada adik aku sendiri yang terlibat dalam kemalangan lebih dari setahun dari saat aku menulis cerita ini.



Intro.



Adik aku kemalangan motor dengan suami dia. Keadaan Adik aku sangat teruk kerana kemalangan tu. Adik aku mengalami kecederaan spinal code injury di C3 C4 C5. Kecederaan ini menggangu response urat saraf adik aku dari seluruh badan ke otak dia. Jadi dia boleh di kategori kan sebagai paralyze.




Ok. Dari mula kemalangan sehingga sekarang, aku rasa dah beribu duit habis keluar. Alhamdulillah, adik aku ada insurance tempat kerja dan insurance dari bank. Adik aku takde simpanan. Adik aku bernasib baik kerana semua claim insurance yang dia dapat hampir RM500K. Ada lagi pencen ilat dari socso. Alhamdulillah dari segi kewangan perubatan dia, adik aku tiada masalah di saat ini.



Cuma aku terfikir dan merenung untuk mereka yang tiada insurance, orang yang susah tiada simpanan. Lagi senang cerita yang takde sumber kewangan bila terjadi bencana ini.



Antara kos yang aku tengok dari 'tragedi' adik aku ni.



1. check-up di hospital - kena booking ambulance. kos pergi balik sehari dalam RM400. Bayangkan kalau kena pergi berapa kali.


2. kos ubat - selain ubat dari hospital, kadang ada juga ubat suppliment lain kena beli. ada yang beli seminggu sekali ada yang sebulan sekali.


3. kos pampers + dll - kena beli support dia punya keperluan. pampers/barang2 mandian/etc.


4. tukang urut/tukang physio - mereka ini datang rumah untuk buat perubatan kat adik aku. 



So bila aku kira-kira kos yang perlu adik aku bayar, memang setiap bulan agak ribu la jugak. Jadi dari sini ada kesedaran dalam diri betapa pentingnya dan memang ia penting, kau perlu ada backup dari segi sumber kewangan nanti.



Kadang aku tak boleh berhenti berfikir bagaimana agaknya orang miskin, yang hidup mereka kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Terlalu mencabar bukan. Mesti ada kekurangan.



Dan tetiba kau teringat akan firman ALLAH dalam quran. "NIKMAT MANA YANG KAU NAK DUSTAKAN".



Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa menjadi muslimin ( berserah diri) hanya pada NYA. Kerana DIA yang menguruskan akan kehidupan kita di dunia dan akhirat. Maha suci ALLAH dari sebarang kekurangan dan kekuasaanNYA/



Tq kerana membaca.

Comments

Popular Posts