Abang ipar meninggal dunia kerana kemalangan





Salam,


Pada hari isnin baru-baru ini, abang ipar saya iaitu abang kepada isteri saya meninggal dunia di sebabkan kemalangan. Arwah abang ipar kemalangan di labu negeri sembilan. Di fahamkan arwah di langgar oleh kereta yang di pandu laju. Pemandu kereta tersebut juga meninggal di tempat kejadian. Arwah abang ipar saya dalam perjalanan kerja menaiki motor pada hari tersebut.


Saya agak rapat juga dengan arwah. Kadang-kadang arwah pinjam duit untuk perbelanjaan harian nya. Sehingga sekarang arwah tidak bayar hutang tersebut tetapi dari dulu lagi jika arwah tidak bayar pun saya anggap ia sedekah dari saya untuk bantu arwah dan keluarga.


Pemergian arwah ini satu yang mengejutkan. Kerana arwah meninggal di sebabkan kemalangan. Kalau tengok gambar yang di ambil di tempat kejadian memang amat menyedihkan.


Arwah ada seorang isteri dan 3 orang anak. 2 orang anak masih bersekolah rendah dan seorang lagi masih bayi dalam lingkungan 2 tahun. Bila melihat anak-anak arwah mmg sedih kerana kehilangan ayah di kala mereka belum mengerti apa-apa tentang kehidupan dunia ini.


Arwah bukan seorang yang berada. Kehidupan dia dulu agak sukar juga. Tetapi sejak kebelakangan ini arwah dah mula buat dua kerja. Selain dari kerja harian, arwah ada buat berniaga ais krim. Mungkin arwah sudah ada kesedaran tentang simpanan untuk masa depan terutama anak-anak yang makin membesar. Aku dan isteri tumpang gembira dengan perubahan arwah berbanding sebelum ini.


Ajal maut memang sudah di tulis bagi setiap yang hidup. Pada masa yang sama, kita mesti lah berhati-hati dan tidak cuai bila berada di atas jalan raya. Mungkin dengan kecuaian kita, kita akan memusnahkan keluarga orang lain. Cuba bayangkan kalau kita di tempat mereka.


Hanya doa yang dapat ku mohon pada ALLAH agar roh arwah di tempatkan di kalangan orang yang di kasihi dan di rahmati.






Comments

Popular Posts