pengalaman naik uber dan grabcar untuk pertama kali.

salam,


Hari ni nak di jadikan cerita aku amik emergency leave sebab dengan tidak sengaja aku plan nak shopping raya. Last minute aku dan wife decide. Sebab last minute decide kerana bila check balik jadual kerja shift isteri aku, memang takde slot cuti yang sesuai terutama hujung minggu nak bershopping dan satu lagi memang nak elak bershopping pada weekend. Korang sendiri tahu kan bertapa pack nya shopping mall pada hari weekend.



So di jadikan cerita aku plan nak naik grabcar atau uber sahaja. Sebab malas nak mengadap jem lama2 dan malas nak cari parking lama2 dan kesimpulannya malas nak drive.



Pada masa yg sama jugak nak merasa pertama kali guna grabcar dan uber ni. Asyik jadi pemandu sahaja. Kali ni jadi penumpang pulak.




Destinasi aku nak pergi sogo. Jadi aku decide nak book grabcar. After aku download dan setting profile aku, aku pun booking la grabcar. Bayaran dari rumah aku ke sogo tu adalah RM15. Ok lah. Aku layan jer la. First time nak guna applikasi grabcar ni excited plak. Dari aplikasi tu ko boleh tengok pemandu yg kau dah book tu dah otw dan ko boleh monitor pergerakan dia ke destinasi amik kau secara real time atau "secara langsung". Hehehe.



Aku dapat book grabcar kereta proton saga. Dalam hati ingatkan toyota atau honda ke. Hehehe. Takpe lah layan. Aku bayangkan bila naik grabcar/uber ni, kereta mesti lah bersih dan selesa. Untuk grabcar ni haraammmmmmmmmmm. Tak bersih langsung dan jauh expectation aku nie. Nasib aku dapat kereta yang tak di jaga dengan elok. Tak kemas. Tapi sebaik tak berbau. Sebaik juga aircond dia tip top. Hehehe. Sampai sahaja sogo, aku bagi rate 5 bintang. Takpa la, rezeki dia aku bagi 5 bintang. 




Lepas habis je shopping dalam pukul 9pm, aku guna uber plak. Sama je konsep macam grabcar punya aplikasi. Sebelum tu aku nak book guna grabcar, tapi bila tengok fare/cost dia RM30 hinggit compare dengan RM15 masa aku mula2 naik pagi tadi, terus aku guna uber plak. Grabcar naik harga sebab peak hour. Banyak demand waktu tu. Jadi aku guna uber plak. Fare dia RM18, ok lah tu. Naik uberX plak tu. Toyota avanza. Kali ni toyota avanza memang best.


Kereta uber kali ni bersih, kereta baru aku rasa sebab bau baru keluar kedai aku rasa. Seorang uncle yang dah berumur. Bawak pun steady dan kadang2 aku takut dia salah jalan tapi sepanjang perjalanan smooth. Sampai je aku bagi RM20. Baki aku sedekah kat dia. Aku pun rate dia 5 bintang. Semoga dia di murahkan rezeki bawak uber dan ikhlas dengan kerja nie.


So itu lah pengamalan aku pertama kali naik grabcar dan uber nie. Seronok gak sekali sekali. Sebab puasa je aku naik service nie. Kalau tak puasa, memang aku bawak kereta la. Tapi sekali sekal why not kan.




Hehehe. Ok tu je lah. Sambung lain kali plak.

Comments

Popular Posts