Pesta mantai di beranang negeri sembilan

Salam dan selamat hari raya aidilfitri,


Ok post ni di tulis selepas raya dan aktiviti mantai ni berlaku waktu bulan puasa hari tu. Pesta mantai ni adalah satu event macam pasar tani la lebih kurang. Semua penjual/penternak lembu atau kerbau akan di kumpulkan dalam satu kawasan luas dan mereka akan menjual daging/tulang lembu/kerbau 2 hari sebelum hari raya. 


Selalunya pesta mantai ni akan di buat 2 hari sebelum hari raya. Semua daging tulang di jual adalah segar dan fresh dari ladang sebab semuanya di sembelih pada hari sama ia di jual nanti.


Pesta mantai ni kalau tak silap hanya berlaku di negeri sembilan sahaja. Negeri lain mungkin ada pesta macam ni tapi nama lain kot. Pesta mantai ni hanya di negeri sembilan sahaja. Hehehe.


Waktu arwah atuk dan nenek aku dulu, masa aku kecik memang arwah selalu bawa aku ke pesta mantai kat beranang tuh. Memang arwah secara tradisinya akan mem'borong' daging tulang untuk jamuan malam raya atau di pagi hari raya pertama.


Harga daging tulang setiap kali hari mantai nie tak lah murah dan mahal dan aku rasa ia memang ikut harga pasaran daging/tulang kat malaysia nie. Apa-apa pun tak perlu berkira tentang nak beli makanan ni. Bukan selalu ye tak. Jangan berkira. Hehehe


Aku ada sediakan sedikit gambar2 sekitar hari mantai hari tu. Memang meriah dan seronok. Layan sikit gambar tu yea.


















Comments

Popular Posts