Bawa isteri jalan-jalan naik mrt malaysia

salam damai,



Hari ni curi masa sikit dengan bawak isteri jalan-jalan naik mrt. Isteri dah plan bawak dia hujung minggu ni sebab isteri dan aku free weekend nie. So terjadi di hari kejadian hari ni bawak di naik mrt.


Plan awal nak pergi ikea cheras naik mrt. Gerak naik mrt dalam pukul 3 petang. Bila masuk train je, plan bertukar, isteri plan apa kata terus ke sungai buloh. Aku pulak ok sahaja. Jadi kami naik mrt dari taman midah ke sungai buloh.


Selepas sahaja stesen muzium negara, aku cakap kat isteri "Perut ni lapar tak makan tengahari, tengok kat perjalanan map masih lagi jauh sungai buloh station". Hahaha. Isteri pun angguk tanda setuju dengan statement aku. Keh keh keh.


So aku decide pergi one utama since aku dan isteri dah lama giler giler tak pergi one utama sebab salah satu sebab adalah trafik dan parking. Huhuhu. Jadi aku dan isteri patah balik ke stesen bandar utama.


Turun je bandar utama station, blur kejap cari exit ke one utama entrance direct dari mrt. Huhuhu takde atau tak nampak atau tak siap lagi sebab dekat berhampiran masih ada construction apa entah. Jalan punya jalan nampak shuttle bus. So naik shuttle bas sebab malas nak jalan kaki. Hahaha. Bayar seringgit je. Bus bawak tak sampai 5 minit dah sampai depan main entrance one utama.


Selesai je sesi berjalan dan makan dalam one utama, tepat jam 7 gerak balik kat tempat menunggu shuttle bus. Bayar seringgit lagi. Akhirnya tercapai hasrat bawak isteri naik mrt.


Next week ada plan lain pulak. Ke Kajang. Misi sateyyyyyyy. Hahaha.


Ok tq baca cerita aku yang tak seberapa nie. Chiowwwwwww.


Salam.






Comments

Popular Posts